PAMERAN DAN PROMOSI IKMAS SEMPENA SARAWAK CAREER AND TRAINING (SCATFAIR) TAHUN 2025
7 Julai 2024, Kuching - IKMAS menyertai pembukaan reruai pameran sempena Sarawak Career and Training (SCATFAIR bagi tahun 2025 pada 5 hingga 6 Julai 2025 bertempat di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK).
SCATFAIR merupakan anjuran Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak serta TEGAS. Hampir 100 buah reruai pameran yang terdiri daripada pameran agensi, pendidikan serta industri yang turut menyertai pembukaan reruai pameran pada kali ini.
Program ini disempurnakan oleh Yang Berhormat, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn, Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Masyarakat. IKMAS mengucapkan ribuan terima kasih kepada urus setia ScatFair kerana memberi peluang kepada kami untuk bersama dalam program kali ini.
Diharapkan pameran dan promosi IKMAS pada kali ini dapat memperkenalkan IKMAS kepada semua lapisan umur masyarakat di sekitar Kuching dan menarik ramai lagi pelajar lepasan SPM melanjutkan pengajian di IKMAS.