PERUTUSAN PENGARAH

Selamat Datang ke Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS)

Kepada mereka yang baru sahaja membuka laman sesawang atau 'website' Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS), saya ingin mengucapkan tahniah kerana mengambil langkah yang bijak. Pengenalan ini adalah penting untuk menentukan masa depan anda dan anak-anak anda.

IKMAS adalah sebuah institusi pendidikan tinggi yang melambangkan satu adunan padu antara ciri-ciri kerohanian dan akademik. Sebagai sebuah institusi Islam, IKMAS memberi penekanan kepada pembentukan akhlak yang mulia, amanah, disiplin, pelaksanaan prinsip-prinsip Islam dan integriti yang tinggi.

Sebagai sebuah institutsi akademik, IKMAS memberi penekanan kepada kecemerlangan akademik, kualiti dan kebolepasaran pelajar, program akademik berkualiti yang diiktiraf MQA, staf akademik yang kompeten dan kaedah pembelajaran dan pengajaran yang efektif.

Bagi memastikan setiap pelajar mendapat keselesaan pembelajaran yang sewajarnya, IKMAS mengambil pendekatan 'mesra pelajar' dengan menjaga kebajikan dan keperluan mereka diperingkat awal kemasukan dan membimbing mereka sehingga tamat pengajian dan seterusnya mendapat kerjaya yang sesuai.

IKMAS juga membuka ruang dengan menawarkan program kemahiran vokasional yang diperlukan oleh industry hari ini dan masa hadapan selari dengan visi dan misi IKMAS. Dengan gabungan ilmu agama dan kemahiran vokasional ini, para lepasan IKMAS juga boleh menceburi bidang kerjaya yang sangat tinggi keperluan dan permintaannya pada masa kini dan hadapan.

Bagi pihak seluruh warga IKMAS termasuk ahli-ahli Lembaga Pengarah, pihak pengurusan, staf akademik dan pentadbiran serta pelajar, kami mengalu-alukan kedatangan anda ke IKMAS.

"BERILMU, BERIMAN, BERDAKWAH"
'Bersama Menjulang Kecemerlangan'

Pengarah IKMAS

Ustaz Kamaldin bin Mohd Damin
Pengarah,
Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak

OBJEKTIF

Sebagai sebuah institusi yang berteraskan pengajian islam, Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak bertekad untuk menghasilkan :-
  1. Graduan berilmu, berakhlak mulia, berhikmah serta mampu menghadapi cabaran semasa.
  2. Graduan yang mempunyai kemahiran vokasional yang bersesuaian dengan kehendak semasa.
  3. Graduan yang berkebolehan menjadi pembimbing dan tempat rujukan masyarakat berdasarkan fahaman ahli Sunnah Wal Jamaah

VISI

IKMAS membentuk insan beriman yang memahami, merealisasi dan dapat menyebarluas semua aspek ajaran Islam berdasarkan al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad SAW.

MISI

Menyediakan kemudahan pembelajaran bersepadu yang merangkumi ilmu fardu ain, fardu kifayah dan ilmu kemahiran untuk melahirkan graduan yang berketerampilan dan berwibawa.

PIAGAM PELANGGAN

Kami berjanji :

1 Memberi perkhidmatan yang cemerlang melalui perancangan, penggubalan dan pelaksanaan dasar pengurusan sumber manusia dengan menepati ciri-ciri kualiti seperti berikut:
  • Cepat dalam semua tindakan;
  • Tepat dalam membuat keputusan;
  • Layanan mesra kepada pelanggan;
  • Menepati masa yang dijanjikan;
  • Adil dan saksama dalam pertimbangan;
  • Menentukan perkhidmatan dan maklumat mudah diperolehi serta boleh dipercayai; dan
  • Menepati undang-undang, dasar dan peraturan.
2 Membangunkan organisasi perkhidmatan awam yang mantap melalui penyusunan semula struktur organisasi, skim perkhidmatan dan perjawatan secara berterusan selaras dengan skop tanggungjawab semasanya supaya dapat berfungsi dengan optimum.
3 Memastikan pengurusan modal insan yang terbaik bertujuan meningkatkan keberkesanan dan kecekapan anggota Perkhidmatan Awam melalui pembangunan sistem-sistem dan amalan-amalan terkini.
4 Meningkatkan produktiviti dan kecekapan modal insan Perkhidmatan Awam melalui latihan pra-perkhidmatan dan dalam perkhidmatan mengikut dasar latihan Perkhidmatan Awam.
5 Menarik, membangun dan mengekalkan tenaga kerja berpotensi ke arah prestasi yang cemerlang melalui pengurusan gaji, elaun dan pelbagai kemudahan yang disediakan.
6 Memastikan hubungan yang harmonis antara majikan-pekerja melalui penyebaran maklumat secara lebih meluas bagi meningkatkan kesefahaman antara mereka dalam isu-isu berkepentingan bersama.
7 Mentadbir undang-undang pencen Perkhidmatan Awam dan memastikan faedah persaraan dibayar kepada penerima yang layak.
8 Membangunkan sumber manusia melalui pendekatan psikologi dan kaunseling serta latihan kepada anggota Perkhidmatan Awam secara efektif dan efisien berteraskan prinsip, etika dan piawaian amalan yang ditetapkan.
9 Memastikan maklum balas kepada pertanyaan dan aduan pelanggan adalah cepat, tepat dan mesra serta menepati tempoh-tempoh berikut:
  • Akuan penerimaan dalam masa satu hari; dan
  • Menyelesaikan aduan dalam masa 14 hari.

AHLI LEMBAGA

Bil Nama Jawatan Jabatan
1 YBhg. Datuk Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff Ketua Pengarah / Pengerusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
2 YBhg. Dato' Dr. Sirajuddin bin Suhaimee Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) / Ahli Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
3 YBhg. Datu Haji Misnu bin Haji Taha Yang Di-pertua Majlis Islam Sarawak
4 Sahibus Samahah YBhg. Datu Haji Kipli bin Yasin Mufti Negeri Sarawak -
5 YBrs. Haji Khalidi bin Ibrahim Pengarah / Ahli Jabatan Agama Islam Sarawak
6 Pengarah (Bahagian Pembangunan Modal Insan) / Ahli Jabatan Perkhidmatan Awam
7 YBhg. Prof. Datuk Dr. Mohamad Kadim bin Suaidi Naib Canselor / Ahli Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
8 YBhg. Prof.Dr. Mohd Fauzi bin Hamat Pengarah Akademi Pengajian Islam / Ahli Universiti Malaya 50606 Kuala Lumpur
9 YBrs. Dr. Muhamad Faisal Ashaari Ketua Jabatan Dakwah dan Kepimpinan Fakulti Pengajian Islam / Ahli Universiti Kebangsaan Malaysia
10 YBhg. Prof. Dato’ Dr. Husaini bin Omar Ketua Pengarah / Ahli -Kementerian Pendidikan Tinggi
11 YBhg. Dato' Haji Che Min bin Che Mat Mantan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM / Ahli -
12 YBhg. Tuan Haji Kamaldin bin Mohd Damin Pengarah / Setiausaha Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
13 YBhg. Encik Hamdan bin Jar'ee Pengarah / Ahli Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Sarawak

STRUKTUR ORGANISASI

SIJIL MQA