PROGRAM PENDIDIKAN PENGGUNA PERPUSTAKAAN DAN LITERASI MAKLUMAT IKMAS
7 Julai 2025, Kuching - Program Pendidikan Pengguna Perpustakaan dan Literasi Maklumat IKMAS merupakan program yang dianjurkan oleh Seksyen Perpustakaan kepada semua pelajar baharu semester 1 bagi program pengajian peringkat diploma pada 4 Julai 2025 di Perpustakaan IKMAS.
Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan tentang kemahiran dalam mengakses maklumat dengan betul dan teknik dalam mencari maklumat dari sumber bahan bercetak dan bukan bercetak bagi memenuhi kriteria proses pengajaran dan pembelajaran di IKMAS.
Seramai 103 pelajar telah mengikuti program ini dengan jayanya. Penceramah jemputan bagi program ini Puan Nurfatini Apandi, Pustakawan S9, Pustaka Negeri Sarawak.
Oleh yang demikian, melalui program ini para pelajar telah didedahkan dengan lebih terperinci terhadap koleksi bahan bacaan, kemudahan dan perkhidmatan yang terdapat di perpustakaan IKMAS. Disamping itu, para pelajar juga didedahkan tentang kepentingan maklumat yang sahih untuk diaplikasikan dalam tugasan pembelajaran bagi membentuk pelajar yang celik terhadap maklumat selaras dengan revolusi maklumat masa kini.