PROGRAM DERMA DARAH IKMAS 2025

03 Julai 2025

PROGRAM DERMA DARAH IKMAS 2025

3 Julai 2025, Kuching - IKMAS dengan kerjasama Unit Tabung Darah Hospital Umum Sarawak telah mengadakan Program Derma Darah Tahun 2025 di Dewan Kenyalang, IKMAS.

Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran kepada warga IKMAS tentang kebaikan menderma darah serta memberi sumbang bakti kepada masyarakat.

Dalam aspek ibadah, menderma darah adalah amalan mulia di sisi Islam kerana menderma darah turut menjadi inti pati seruan dalam islam. Dengan menderma darah, secara tidak langsung manusia mampu menyelamatkan tiga nyawa yang memerlukan bekalan darah.

Dalam hal ini, Allah SWT memuji hamba-Nya yang menyelamatkan orang lain. Firman Allah SWT bermaksud; “Sesiapa menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia menjaga keselamatan hidup manusia semuanya”. (Surah al- Maidah ayat 32)

Sebagai rekod, program ini telah berjaya mengumpul 41 pek darah dari individu penderma yang melepasi syarat kelayakan.

IKMAS berharap aktiviti menderma darah ini dapat memupuk nilai murni dalam diri dan boleh dijadikan sebagai tanggungjawab sosial.


 01 January 1970  123123  188 hits