KURSUS SIJIL PROFESIONALISME IMAM SARAWAK (SPIS) KALI KE-6 TAHUN 2025 MODUL 1 (ZON SELATAN)

14 Mei 2025

KURSUS SIJIL PROFESIONALISME IMAM SARAWAK (SPIS) KALI KE-6 TAHUN 2025 MODUL 1 (ZON SELATAN)

14 Mei 2025, Rabu – IKMAS dengan kerjasama Majlis Islam Sarawak telah berjaya menganjurkan Kursus Sijil Profesionalisme Imam Sarawak (SPIS) kali ke-6 Tahun 2025 Modul 1 (Zon Selatan) pada 13 hingga 14 Mei 2025 bertempat di Masjid Darul Ehsan, Kampung Haji Baki Kuching.

Kursus ini dihadiri seramai 28 orang peserta yang terdiri daripada imam-imam lantikan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) di sekitar Bahagian Kuching, Serian dan Samarahan.

Objektif utama ialah meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta mengenai tugas dan tanggungjawab seorang imam dalam aspek pengurusan masjid dan kemasyarakatan, meningkatkan sahsiah diri imam sebagai teladan dan melahirkan imam yang profesional dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab.

Semoga kursus ini berjaya melahirkan para Imam yang berkemahiran tinggi dalam semua aspek keperluan pengurusan agama khususnya di Sarawak.


 01 January 1970  123123  2 hits