KURSUS PENGURUSAN JENAZAH

13 Mei 2025

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH

13 Mei 2025, Selasa - IKMAS melalui Seksyen Pembangunan Komuniti dengan kerjasama JAKIM Sarawak telah berjaya menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah pada 10 hingga 11 Mei 2025 bertempat di Masjid Darul Solihin, Kampung Telaga Air, Kuching.

Objektif kursus ini ialah bagi memberi pengetahuan dan pendedahan kepada para peserta berkaitan tatacara pengurusan jenazah secara teori dan praktikal. Seterusnya melahirkan rasa tanggungjawab para peserta untuk memenuhi tuntutan fardu kifayah yang perlu difahami dan dikuasai sebaik mungkin oleh orang Islam serta hak yang perlu ditunaikan ke atas orang mati.

Kursus yang berlangsung dua hari ini merangkumi tanggungjawab dan prosedur dalam menghadapi kematian serta amali pengurusan jenazah termasuk memandikan, mengkafankan, solat jenazah seterusnya pengebumian.

Penceramah bagi kursus ini ialah Ustaz Yussof bin Hazmi dan Ustazah Rukaiah binti Zen dari Jabatan Agama Islam Sarawak.

Semoga para peserta yang hadir dapat mempraktikkan rukun fardu kifayah ini dengan adanya pengisian yang telah disampaikan sekaligus memberi pengalaman yang baharu kepada mereka.


 01 January 1970  123123  0 hits