PAMERAN DAN TAKLIMAT PROMOSI IKMAS SEMPENA PROGRAM HALA TUJU PELAJAR LEPASAN SPM 2024

24 April 2025

PAMERAN DAN TAKLIMAT PROMOSI IKMAS SEMPENA PROGRAM HALA TUJU PELAJAR LEPASAN SPM 2024

24 April 2024 (Khamis) - IKMAS telah menyertai pameran pendidikan dan taklimat IKMAS di beberapa buah sekolah, antaranya SM Teknik Sejingkat, SMK Pusa dan SMK Agama Matang serta masjid di sekitar Daerah Pusa dan Betong.

Program ini menyasarkan pelajar lepasan SPM 2024 dan calon SPM 2025. IKMAS mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah atas jemputan ini.

Pameran dan promosi IKMAS pada kali ini diharapkan dapat memperkenalkan IKMAS kepada para pelajar dan ibu bapa sekaligus kepada masyarakat setempat serta menarik lebih ramai pelajar menyertai IKMAS.

IKMAS mengalu-alukan calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan untuk memohon program Diploma Dakwah Islamiah (DDI). Program ini mendapat pengiktirafan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) (MQA/FA7517).


 01 January 1970  123123  0 hits