PAMERAN DAN PROMOSI IKMAS SEMPENA PROGRAM PERKAMPUNGAN MENARA GADING (PMG) PERINGKAT SARAWAK 2025
21 April 2025 (Isnin) - IKMAS telah mengadakan pameran dan promosi IKMAS Sempena Program Perkampungan Menara Gading (PMG) Peringkat Sarawak 2025 bertempat di Pusat Islam Tun Abang Salahuddin (PITAS), UNIMAS pada 18 April hingga 20 April 2025.
Pameran ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang peluang pendidikan serta membuat hebahan kemasukan pelajar baharu Tahun 2025.Para pengunjung kebanyakannya terdiri daripada pelajar lepasan SPM yang akan menerima keputusan pada 24 April 2025 ini.
Reruai pameran dan promosi IKMAS turut menerima kunjungan daripada Saudara Fakhri Syakirin bin Azezi, Yang Dipertua Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) dan Saudara Azzimizee bin Din Timbalan Yang Dipertua Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS).
Antara agensi dan IPTS yang turut hadir ialah Yayasa Sawak, UITM, UNIMAS dan banyak lagi.
Pameran dan promosi IKMAS ini diharapkan dapat memperkenalkan IKMAS kepada dan menarik lebih ramai pelajar lepasan SPM melanjutkan pengajian di IKMAS.