PROGRAM JELAJAH MADANI PROMOSI IKMAS SIRI 1 TAHUN 2025

30 April 2025

PROGRAM JELAJAH MADANI PROMOSI IKMAS SIRI 1 TAHUN 2025

30 April 2025, Rabu - IKMAS melalui Seksyen Komunikasi Korporat telah berjaya menganjurkan program Jelajah MADANI Promosi IKMAS Siri 1 Tahun 2025 melibatkan sekolah, komuniti, qariah masjid serta surau di sekitar bahagian Kuching, Miri, Limbang dan Lawas bermula pada 20 April sehingga 29 April 2025.

Program jelajah ini adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar sekolah dan masyarakat mendapatkan maklumat terperinci berkaitan program pengajian yang ditawarkan di IKMAS.

Melalui program ini, para pelajar serta masyarakat berpeluang berjumpa secara terus dengan pegawai IKMAS untuk mendapatkan maklumat berkaitan peluang melanjutkan pengajian, bantuan Pendidikan yang IKMAS sediakan, syarat-syarat kelayakan yang diperlukan dan banyak lagi.

Penganjuran program ini juga bertujuan membantu para pelajar memilih hala tuju Pendidikan selepas Sijil Pelajar Malaysia (SPM) kelak.

IKMAS juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Pejabat Pendidikan Daerah, sekolah-sekolah, masjid dan surau yang sudi bekerjasama menjayakan program ini.

Semoga program ini dapat memberikan pendedahan dan perkenalkan IKMAS kepada masyarakat setempat terutamanya pelajar sekolah.


 01 January 1970  123123  0 hits