MESYUARAT JAWATANKUASA PENASIHAT AKADEMIK IKMAS KALI KE-23 TAHUN 2025

02 Mei 2025

MESYUARAT JAWATANKUASA PENASIHAT AKADEMIK IKMAS KALI KE-23 TAHUN 2025

2 Mei 2025, Jumaat – Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Akademik Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS) kali ke-23 telah berlangsung dengan jayanya pada 30 April 2025 di Kompleks Islam Putrajaya.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Kolonel Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), dengan dihadiri oleh barisan pakar akademik.

Pelaksanaan mesyuarat ini adalah usaha penting dalam merangka halatuju strategik IKMAS sebagai peneraju institusi pendidikan tinggi Islam yang unggul, khususnya di Sarawak. Pertukaran pandangan, idea serta perkongsian pengalaman antara ahli jawatankuasa dilihat sebagai langkah proaktif dalam memastikan IKMAS terus relevan dan bergerak selari dengan dasar serta aspirasi pendidikan negara.

IKMAS berharap agar hasil perbincangan ini akan menyumbang kepada penambahbaikan berterusan ke arah merealisasikan visi dan misinya untuk bersaing di peringkat yang lebih tinggi, sekali gus memartabatkan pendidikan Islam di persada antarabangsa.

Informasi terkini IKMAS di hujung jari anda. Jangan lupa like, share, follow, dan subscribe Media Sosial @myikmas. Jom budayakan ‘’kitakan’’ IKMAS dgn like dan kongsikan berita2 IKMAS.

#KitakanIKMAS
#ikmasinspirasiku
#kejayaanpastibersama
#Seksyenkomunikasikorporat
#JAKIMuntukUmmah


 01 January 1970  123123  1 hits