KURSUS PRA PERKAHWINAN SEMPENA PROGRAM ZIARAH MAHABBAH MAJLIS ISLAM SARAWAK TAHUN 1446H/2025M
23 Februari 2025 (Ahad): IKMAS dengan Kerjasama Majlis Islam Sarawak dan Jabatan Agama Islam Sarawak telah mengadakan Kursus Pra Perkahwinan Sempena Program Ziarah Mahabbah Majlis Islam Sarawak Tahun 1446H/2025H bertempat di Auditorium Al-Wadi, IKMAS pada 22 hingga 23 Februari 2025.
Kursus Pra Perkahwinan yang berjaya dilaksanakan selama dua hari ini melibatkan 145 orang peserta. Para peserta didedahkan dengan prosedur perkahwinan, pengurusan kewangan, akad nikah, komunikasi dalam perkahwinan, pengurusan stress dan lain-lain untuk persiapan ke alam perkahwinan akan datang.
Semoga dengan adanya kursus ini dapat memberikan panduan dan persiapan bagi pasangan yang hendak melangsungkan perkahwinan pada masa akan datang. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat.