PROGRAM ZIARAH MAHABBAH MAJLIS ISLAM SARAWAK TAHUN 1446H/2025M

21 Februari 2025

PROGRAM ZIARAH MAHABBAH MAJLIS ISLAM SARAWAK TAHUN 1446H/2025M

22 Februari 2025 - Program Ziarah Mahabbah anjuran Majlis Islam Sarawak telah diadakan di Dewan Kenyalang IKMAS pada 21 Februari 2025

Bersempena dengan program tersebut, IKMAS telah diberi kepercayaan untuk melaksanakan pelbagai program antaranya IKMAS berselawat, Kursus Pra Perkahwinan, Pelancaran Logo Alumni IKMAS dan banyak lagi.

Majlis dimulakan dengan ceramah daripada YBhg. Datu Haji Khalidi bin Haji Ibrahim, Pakar Rujuk Syariah, Jabatan Mufti Sarawak dan alunan Qasidah daripada Kumpulan Raudhatul Muhibbin. Seterusnya ucapan aluan Pengarah IKMAS, Puan Zaizurina binti Mansor dan program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Haji Misnu bin Haji Taha, Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak.

Dalam ucapan beliau mengingatkan kepada semua warga IKMAS agar dapat melahirkan pelajar-pelajar yang bukan hanya menguasai bidang agama tapi mampu bersaing dalam bidang kemahiran bersama pelajar-pelajar dari IPTA/IPTS yang lain.

Turut hadir YBrs. Tuan Haji Ahmad Sukarno bin Haji Saini, Pengarah Jabatan Mufti Sarawak, YBrs. Tuan Haji Amat Kassim bin Pait, Pengarah Lembaga Tabung Haji Sarawak, YBrs. Tuan Tazudin Mohtar, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif serta penghulu dan ketua-ketua kampung sekitar IKMAS.

Diharapkan Program seperti ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat sekeliling khususnya warga IKMAS.


 01 January 1970  123123  0 hits