MAJLIS KHATAM HAFAZAN AL-QURAN IKMAS TAHUN 2025
22 Februari 2025 - IKMAS telah menganjurkan Majlis Khatam Hafazan Al-Quran bertempat di Dewan Kenyalang pada 21 Februari 2025.
Majlis ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada semua akan kepentingan menghayati ayat suci al-Quran dalam kehidupan sekaligus melahirkan generasi huffaz yang hebat. Program ini juga bagi memberi penghargaan dan meraikan pelajar tahun akhir yang telah berjaya menamatkan hafazan 30 juzuk al-Quran disamping dapat menanam sifat cintakan al-Quran dalam kalangan warga IKMAS.
Seramai 6 orang pelajar Diploma Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat Semester 6 telah berjaya menamatkan hafalan al-Quran.
Program ini dirasmikan oleh YBrs. Puan Zaizurina binti Mansor, Pengarah IKMAS. Beliau mengucapkan tahniah kepada para pelajar Diploma Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat yang telah berjaya menamatkan hafazan al-Quran dalam tempoh 6 semester dengan jayanya. Sesungguhnya dengan kejayaan para huffaz ini memberi semangat dan motivasi kepada semua pelajar untuk bersungguh-sungguh dan tekun dalam apa jua bidang yang diceburi.
Majlis mengalu-alukan kehadiran YBrs. Encik Hamdan bin Jar’ee, Pengarah JAKIM Sarawak, YBrs. Puan Ariffi Idawati binti Zainudin, Timbalan Pengarah IKMAS, kakitangan IKMAS serta ibu bapa pelajar yang diraikan.
Semoga majlis ini dapat memberi kesedaran dan menyuburkan semangat penghayatan al-Quran dalam kehidupan kita.
Informasi terkini IKMAS di hujung jari anda. Jangan lupa like, share, follow, dan subscribe Media Sosial @myikmas. Jom budayakan ‘’kitakan’’ IKMAS dgn like dan kongsikan berita2 IKMAS.
#KitakanIKMAS
#ikmasinspirasiku
#Unitkomunikasikorporat
#kejayaanpastibersama
#KeluargaSejiwaJAKIM
#menteriagama
#pelanalfalah
#25TahunIKMAS
#JubliPerakIKMAS