SEMINAR KEPIMPINAN MASYARAKAT MADANI PERINGKAT KEBANGSAAN

19 Februari 2025

SEMINAR KEPIMPINAN MASYARAKAT MADANI PERINGKAT KEBANGSAAN

19 Februari 2025 (Rabu) – IKMAS telah menganjurkan program Seminar Kepimpinan Masyarakat Madani Peringkat Kebangsaan bertempat di Dewan Kenyalang IKMAS yang telah dihadiri oleh 300 peserta dari pelbagai agensi kerajaan, swasta, IPT/IPTS dan banyak lagi.

Seminar ini bertujuan untuk menekankan betapa pentingnya integriti dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai penjawat awam. Integriti bukan sahaja menjadi asas kepada kejayaan profesional tetapi juga kunci kepada keberkatan dalam setiap aspek kehidupan. Dengan menegakkan prinsip-prinsip integriti, ianya bukan sahaja meningkatkan kredibiliti dan reputasi diri, tetapi juga menyumbang kepada pembinaan persekitaran kerja yang positif dan harmonis.

Dalam ucapan YBrs. Puan Zaizurina binti Mansor, Pengarah IKMAS, beliau mengatakan bahawa untuk mengundang keberkatan dalam setiap pekerjaan yang dilakukan, seseorang perlu ada sifat takwa, amanah dan ihsan supaya semua perkara yang dilakukan berlandasakan syariat Allah SWT. Sifat tersebut akan menyebabkan seseorang akan lebih bertanggungjawab dalam pekerjaan kerana mereka lebih takut kepada Allah SWT, bukannya majikan atau rakan sekerja.

Penceramah jemputan bagi seminar ini ialah Tuan Mohd Firdaus bin Ramlan, Pengurus/Speaker CJM Global dan Tuan Zuhairy bin Zolkiple, Perunding Motivasi dan Pembangunan Modal Insan.

Perasmian Penutupan telah disempurnakan oleh Pengarah IKMAS, YBrs. Puan Zaizurina binti Mansor. Beliau berharap agar penganjuran seminar seperti ini akan memberikan manfaat dan inspirasi kepada semua peserta untuk menerapkan nilai-nilai integriti dalam setiap aspek pekerjaan dan seterusnya meraih keberkatan serta kejayaan yang berpanjangan.

Informasi terkini IKMAS di hujung jari anda. Jangan lupa like, share, follow, dan subscribe Media Sosial @myikmas. Jom budayakan ''kitakan'' IKMAS dgn like dan kongsikan berita2 IKMAS.

#KitakanIKMAS

#ikmasinspirasiku

#Unitkomunikasikorporat

#kejayaanpastibersama

#KeluargaSejiwaJAKIM

#menteriagama

#pelanalfalah

#25TahunIKMAS

#JubliPerakIKMAS


 01 January 1970  123123  0 hits