IKMAS CEMERLANG DI KEJOHANAN PETANQUE PIALA YANG DIPERTUA MAJLIS ISLAM SARAWAK SEMPENA PROGRAM ZIARAH MAHABBAH MAJLIS ISLAM SARAWAK TAHUN 2025/1446H
16 Februari 2025 (Ahad) – IKMAS telah menghantar pasukan Petanque yang terdiri daripada kakitangan dan pelajar IKMAS di kejohanan Petanque Piala Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak di Kompleks Petanque Sarawak, Santubong, Kuching.
Penyertaan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara agensi-agensi Islam di Sarawak disamping meningkatkan keyakinan dan sifat berani dalam pasukan IKMAS untuk bersaing di peringkat yang lebih tinggi. Selain itu, memberi pendedahan kepada pasukan IKMAS untuk bersaing secara sihat dalam sukan petanque ini.
Antara agensi yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini adalah Majlis Islam Sarawak, HIKMAH, Tabung Baitulmal Sarawak, Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) dan banyak lagi.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan IKMAS yang mendapat Naib Juara kategori Agensi Islam dan tempat Ketiga bersama berkumpulan. Semoga pengalaman pada kali ini dapat meningkatkan lagi daya saing di kalangan warga IKMAS pada masa akan datang.
Kejayaan ini mampu menjadi pembakar semangat buat pasukan IKMAS untuk terus maju dan mara ke hadapan.