PERLAWANAN PERSAHABATAN BADMINTON IKMAS DAN PENDUDUK KAMPUNG SELANG ULU
8 Februari 2025 (Sabtu) - Semangat kesukanan dan persahabatan menyerlah dalam perlawanan badminton persahabatan antara IKMAS dan Penduduk Kampung Selang Ulu telah berlangsung pada 7 Februari 2025 bertempat di Dewan Masyarakat Kampung Selang Ulu.
Tujuan perlawanan ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara IKMAS dan penduduk Kampung Selang Ulu dalam meningkatkan ukhwah jalinan dengan gaya hidup yang lebih sihat melalui sukan sekaligus mempromosikan IKMAS kepada komuniti setempat.
Perlawanan ini menyaksikan aksi cemerlang daripada kedua-dua pasukan. IKMAS, yang diwakili oleh pegawai dan pelajar menunjukkan kehebatan mereka dengan strategi permainan yang mantap.
Sebagai tanda penghargaan, satu sesi penyampaian cenderamata diadakan untuk menghargai penyertaan kedua-dua pasukan. Acara ini diakhiri dengan sesi fotografi melambangkan semangat persahabatan yang erat antara IKMAS dan penduduk Kampung Selang Ulu.
Dengan kejayaan penganjuran perlawanan persahabatan ini, diharapkan lebih banyak aktiviti sukan dan kolaborasi antara Kelab Badminton IKMAS yang dapat dianjurkan pada masa akan datang bagi memajukan lagi sukan badminton di IKMAS khususnya.