KURSUS PENGAJIAN KITAB TURATH (AQIDAH) UMMUL BARAHIN

07 Februari 2025

KURSUS PENGAJIAN KITAB TURATH (AQIDAH) UMMUL BARAHIN

7 Februari 2025 (Jumaat) - Cawangan Pembangunan Insan, IKMAS telah menganjurkan Kursus Pengajian Kitab Turath (Aqidah) Ummul Barahin bertempat di Masjid Darul Naim pada 7 Februari 2025. Peserta kursus terdiri daripada semua pelajar IKMAS.

Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan ilmu akidah dalam kalangan pelajar dan melahirkan kepakaran yang mahir dalam ilmu turath. Seterusnya, mengukuhkan pengetahuan asas yang benar mengenai akidah islam berdasarkan kefahaman ahli sunnah wal Jamaah.

Penceramah jemputan bagi kursus ini ialah YBrs. Ustaz Hj Mohammad Ihsan bin Haji Haidzir, Timbalan Imam Besar Negeri Sarawak. Turut hadir Ketua Cawangan Pembangunan Insan, Ustaz Abdul Jamel bin Jaafar serta pegawai dan kakitangan IKMAS.

Semoga kursus ini dapat menjadikan aqidah para peserta semakin mantap selari dengan kefahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah Al-Asha’irah Al-Maturidiah.


 01 January 1970  123123  3 hits