MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI LAN TABOOR SARAWAK BERHAD KALI KE-3

07 Februari 2025

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI LAN TABOOR SARAWAK BERHAD KALI KE-3

7 Februari 2025 (Jumaat) – Mesyuarat Agung Koperasi Lan Taboor Sarawak Berhad Kali ke-3 telah berlangsung dengan jayanya di Mini Auditorium, IKMAS 1 pada 7 Februari 2025. Seramai 28 orang ahli mesyuarat yang hadir.

Mesyuarat ini dirasmikan oleh YBrs. Puan Zaizurina binti Mansor, Pengarah IKMAS dengan kehadiran seramai 28 orang ahli. Kehadiran ahli koperasi ini mencerminkan semangat kesatuan dan tanggungjawab tinggi dalam kalangan anggota Koperasi Lan Taboor.

Mesyuarat berjaya menyempurnakan beberapa agenda utama dengan penuh lancar. Antara agenda yang telah dibentangkan ialah laporan kewangan serta perlantikan Ahli Lembaga Koperasi baharu sesi 2024/2025. Proses pemilihan yang telus ini menunjukkan amalan demokrasi koperasi yang terus dipertahankan.

Turut hadir menjayakan mesyuarat tersebut ialah, Encik Mohd. Taqiuddin bin Arosdiee. Pengerusi Koperasi Lan Taboor Sarawak Berhad, Puan Faridah binti Wahab, Wakil Suruhanjaya Koperasi Malaysia Sarawak, Ahli Lembaga Koperasi serta ahli-ahli Koperasi Lan Taboor Sarawak Berhad.

Semoga Koperasi Lan Taboor Sarawak Berhad semakin maju dan berdaya saing pada masa hadapan.


 01 January 1970  123123  0 hits