LAWATAN KERJA BAGI PERMOHONAN JAWATAN BAHARU TANPA TRADE OFF DI IKMAS, JAKIM

06 Februari 2024

LAWATAN KERJA BAGI PERMOHONAN JAWATAN BAHARU TANPA TRADE OFF DI IKMAS, JAKIM

7 Februari 2025 (Jumaat) – IKMAS telah menerima satu Lawatan Kerja bagi Permohonan Jawatan Baharu Tanpa Trade Off yang dilaksanakan pada 6 Februari 2025 di Bilik Mesyuarat Utama, IKMAS dan sekitar IKMAS.

Lawatan ini bertujuan untuk meneliti permohonan IKMAS yang telah diluluskan secara berprinsip dan menambah baik keperluan perjawatan di IKMAS. Sebanyak 37 jawatan baharu di IKMAS dibincangkan dalam lawatan kerja tersebut. Delegasi turut berpeluang meninjau pembinaan IKMAS fasa kedua yang siap pada tahun lepas.

Lawatan kerja ini dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan JAKIM, YBhg. Dato' Haji Zamani Ahmad bin Mansor. Turut hadir YBrs. Puan Norazlin binti Alias, Timbalan Pengarah Kanan BPI Sektor Perundingan dan Pembangunan 1, YBrs. Puan Nurul Hana binti Nashirudin, Timbalan Setiausaha Bahagian, Bahagian Sumber Manusia, Ketua Penolong Pengarah Operasi, JPA serta delegasi dari JPM, JPA dan JAKIM.

Semoga dengan adanya perjawatan baharu di IKMAS, menjadikan IKMAS lebih maju dan bergerak selangkah ke hadapan.


 01 January 1970  123123  0 hits