BENGKEL MODERASI BERSAMA PAKAR
4 Februari 2025 (Selasa) -IKMAS melalui Cawangan Akademik telah menganjurkan Bengkel Moderasi Bersama Pakar yang diadakan di Dewan Serbaguna pada 3 hingga 4 Febuari 2025. Bengkel ini dihadiri oleh semua pegawai dan pensyarah IKMAS yang bertanggungjawab menjalankan pengajaran dan pembelajaran di IKMAS mengikut kepakaran bidang masing-masing.
Bengkel ini bertujuan untuk memastikan pembinaan kertas soalan peperiksaan IKMAS memenuhi piawaian standard MQA dan mengikut jadual spesifiksi ujian yang sebenar. Selain itu, semakan dan pemurnian kertas soalan peperiksaan akhir juga turut dibincangkan dalam bengkel tersebut.
Fasilitator jemputan bagi bengkel ini ialah YBrs. Prof. Madya Dr. Hadenan bin Towpek, Profesor Madya Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), En. Wan Ariffin bin Wan Yon, Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) dan En. Mohamad Firdaus bin Mohamad Sabari, Pensyarah Akademi Pengajian Islam Kontemporari dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Samarahan.
Bengkel ini telah dirasmikan oleh YBrs. Puan Zaizurina binti Mansor, Pengarah IKMAS.
Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pensyarah yang hadir bagi menjayakan bengkel ini.