28 Januari 2025 (Selasa) -Cawangan Khidmat Pengurusan, Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS) telah menganjurkan Bengkel Migrasi IKMAS yang diadakan di Bilik Kamar Tun pada 27 hingga 28 Januari 2024. Bengkel ini dihadiri oleh 17 orang pegawai dan kakitangan IKMAS yang bertanggungjawab menjaga klasifikasi fail di cawangan masing-masing.
Objektif bengkel ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan, ketelusan dan kemahiran dalam menggunakan Sistem DDMS 2.0. Selain itu, meningkatkan kecekapan capaian kepada maklumat serta meningkatkan kawalan ke atas pengurusan rekod sektor awam secara lebih sistematik.
Penceramah jemputan bagi bengkel ini ialah YBrs. Encik Afham Jauhari bin Aldi, Pengarah Arkib Negara Malaysia, Negeri Sarawak. Turut hadir Puan Zaizurina binti Mansor, Pengarah IKMAS.
Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Arkib Negara Malaysia, Negeri Sarawak dan semua peserta yang dapat hadir bagi menjayakan bengkel ini.