26 Januari 2025 (Ahad)–Cawangan Hal Ehwal Pelajar melalui Majlis Perwakilan Pelajar IKMAS telah mengadakan Program Perjalanan Isra’ Mikraj bertempat di sekitar IKMAS.
Objektif program ini ialah mewujudkan pembudayaan ilmu dalam kalangan pelajar, menguji kemampuan pelajar dalam mengemukakan pandangan yang kritis serta menambahkan pengetahuan tentang Isra’ dan Mikraj dari sudut kronologinya dan intipati ibrah yang boleh digarap kepada para pelajar.
Program ini dimulai dengan pertandingan kuiz individu dan seterusnya pertandingan 'treasure hunt' berkumpulan yang mewakili khitobah masing-masing.
Turut hadir Ustazah Syahriah binti Yatim Mustafa, Ketua Cawangan Hal Ehwal Pelajar serta beberapa orang pegawai IKMAS.
Semoga program ini dapat mengeratkan lagi hubungan kerjasama dikalangan pelajar IKMAS.