25 Januari 2025 (Sabtu) –Cawangan Hal Ehwal Pelajar IKMAS telah mengadakan program Malam Mahabbah Rasul pada 24 Januari 2025 bertempat di Dewan Kenyalang IKMAS.
Mengingati Nabi Muhammad SAW bukan hanya disambut sempena hari kelahiran baginda sahaja. Malah ianya perlu diingati setiap masa dan setiap waktu.
Sehubungan dengan itu, program ini telah diadakan bagi menyuburkan semangat cintakan baginda Nabi SAW sepanjang masa.
Majlis ini diserikan lagi dengan Alunan Qasidah dan Selawat oleh Kumpulah Raudhatul Muhibbin IKMAS dan Tausiah telah disampaikan oleh Maulana Mohamad Muiz Zakaria bin Julaihi Sahari, Pegawai Masjid Darul Akmal Semariang Aman.
Turut hadir Ustaz Mohd Azizon bin Noordin, Pegawai Hal Ehwal Islam IKMAS serta beberapa orang pegawai.