25 Januari 2025 (Sabtu) – Lajnah Dakwah dan Tarbiah, Majlis Perwakilan Pelajar IKMAS telah mengadakan program Ceramah Ambang Isra’ Mikraj pada 24 Januari 2025 bertempat di Masjid Darul Naim IKMAS.
Program ini bertujuan untuk mengingatkan kita tentang perjalanan Israk dan Mikraj Rasullullah SAW serta memberi pengajaran kepada kita agar sentiasa mematuhi perintah Allah SWT dalam kehidupan kerana azab Allah SWT amat pedih bagi mereka yang menderhaka kepadaNya.
Allah SWT berfirman menerusi surah al-Isra' ayat 1 yang bermaksud: Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.
Penceramah jemputan program ini ialah Al-Fadhil Maulana Mohd Muiz Zakaria bin Julaihi Sahari,
Pegawai Masjid Darul Akmal Semariang Aman.
Semoga dengan memperingati kisah isra’ mikraj ini akan bertambah cinta kepada Rasulullah SAW dan mendapat keredaan serta keampunan dari Allah SWT.