MAJLIS PERHIMPUNAN BERSAMA PENGARAH IKMAS

24 Januari 2025

24 Januari 2025 (Jumaat) – IKMAS telah mengadakan Majlis Perhimpunan Bersama Pengarah di Dewan Kenyalang, IKMAS anjuran Cawangan Hal Ehwal Pelajar. Majlis ini turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah IKMAS, Pegawai-pegawai serta pelajar IKMAS.

Pengarah IKMAS, YBrs. Puan Zaizurina binti Mansor menyampaikan amanat berkaitan prinsip Rabbani yang perlu dipraktikKan dalam diri setiap pelajar. Selain itu, beliau juga berpesan supaya menghadirkan sikap empati serta jati diri yang kuat dalam kalangan para pelajar.

Seterusnya, Penyampaian Anugerah Pengarah oleh Pengarah IKMAS kepada siswa siswi yang memperolehi CGPA yang cemerlang. Tahniah diucapkan kepada pelajar IKMAS atas pencapaian tersebut.


 01 January 1970  123123  0 hits