BENGKEL PERSEDIAAN PERMOHONAN PROJEK RMK13 JAKIM

21 Januari 2025

21 Januari 2025 – Pengarah IKMAS, Puan Zaizurina binti Mansor dan dua orang pegawai dari Seksyen Pembangunan dan Aset, IKMAS telah menghadiri Bengkel Persediaan Permohonan Projek RMK13, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 20 hingga 21 Januari 2025 bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi.

Bengkel ini bertujuan memperjelaskan hala tuju dan timeline projek-projek pembangunan yang akan dimohon mengikut perspektif Kementerian Ekonomi dan Bahagian Pembangunan Jabatan Perdana Menteri. Bengkel juga bertujuan meningkatkan kesedaran ilmu dan kemahiran pegawai-pegawai berkaitan kaedah Permohonan Projek daripada perspektif Jabatan Kerja Raya.

Bengkel ini turut dihadiri oleh wakil dari Bahagian Pembangunan Jabatan Perdana Menteri, Bahagian Pembangunan Modal Insan (BPMI) Kementerian Ekonomi, Jabatan Kerja Raya, IPDAS, Darul Quran, Pusat Analisi Halal Malaysia (MyHAC), Masjid Putra dan Bahagian Pengurusan Halal JAKIM.


 01 January 1970  123123  0 hits