21 Januari 2025 –IKMAS telah mengadakan Benchmarking Visit ke Percetakan Nasional Malaysia Berhad di Bilik Mesyuarat Pejabat PNMB, Kuching. Delegasi IKMAS diketuai oleh YBrs. Puan Ariffi Idawati binti Zainudin, Timbalan Pengarah IKMAS, Encik Abdul Aziz bin Mokhtar dan Encik Zulkarnen bin Butlatif dari Cawangan Akademik IKMAS.
Delegasi IKMAS disambut mesra oleh YBrs. Encik Michael Tanjong Anak Imbap, Regional Head Borneo, Madam Lai Mee Lin, Head of Business Development & Sales, PNMB, Kuala Lumpur serta beberapa kakitangan PNMB Kuching.
Kunjung hormat ini bertujuan bagi bertukar pandangan serta membincangkan pelbagai perkara yang berkaitan dengan hal-hal percetakan khususnya kertas soalan peperiksaaan IKMAS. Selain itu, pihak IKMAS juga berpeluang melawat tempat pemprosesan cetakan yang terdapat di PNMB Kuching.
Semoga kunjung hormat ini akan dapat mengeratkan hubungan kerjasama antara IKMAS dan Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) serta dipermudahkan segala urusan.