PENYERTAAN PELAJAR IKMAS DI PESTA PARADIS BEACH TROMBOL

20 Januari 2025

20 Januari 2025 – Pelajar IKMAS telah menyertai sukan rakyat di Program SULAM (Service Learning Malaysia University of Society) anjuran mahasiswa Tahun 4 Psikologi, Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia (FSKPM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Program ini telah berlangsung pada 18 dan 19 Januari 2025 di Paradise Beach Trombol.

Objektif program ialah memberi pengalaman dan pendedahan kepada para pelajar sekolah dan IPT kepada sukan, permainan rakyat serta tradisional yang dilupakan serta meningkatkan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan menjaga alam sekitar.

Pelajar IKMAS telah menyertai pelbagai aktiviti yang dipertandingkan antaranya pertandingan lari dalam guni, pertandingan dart, bowling kelapa dan banyak lagi.

Semoga jalinan ukhuwah dan kerjasama ini akan terus berterusan di kalangan pelajar IPT.


 01 January 1970  123123  0 hits