PROGRAM PEMUKIMAN "BICARA ISLAH" JAKIM

17 Januari 2025

16 Januari 2025- Petang ini telah berlangsung Program Pemukiman Bicara Islah JAKIM diadakan julung-julung kalinya di Dewan Kenyalang Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS).

Majlis ini dimulai dengan persembahan selawat qasidah oleh kumpulan Raudhatul Muhibbin dan persembahan nasyid oleh kumpulan Solatun Najmi yang dianggotai oleh pelajar IKMAS. Majlis ini diserikan lagi dengan persembahan khas dari wakil IKMAS dan JAKIM Sarawak.

Program ini merupakan bual bicara santai perkongsian pengalaman antara YBhg. Dato' Dr. Sirajuddin bin Suhaimee, Ketua Pengarah JAKIM dan YBhg. Dato' Haji Razali bin Shahabudin, Pengerusi Yayasan Ihtimam.

Antara intipati bicara ini ialah seruan warga JAKIM untuk sentiasa akur dengan arahan ketua, berusaha memperbaiki serta meningkatkan kualiti diri ke arah kebaikan semaksima mungkin. Dalam masa yang sama, Dato' Haji Razali mengajak seluruh warga JAKIM untuk sentiasa berkasih sayang dan memupuk semangat ukhuwah yang tinggi dalam melakukan pekerjaan.

Semoga semua warga kerja JAKIM lebih semangat bekerja dan berfikir secara kritis serta rasional dalam menyelesaikan masalah.


 01 January 1970  123123  0 hits