MESYUARAT MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ) JAKIM BIL.1/2025

16 Januari 2025

16 Januari 2025 - Ketua Pengarah JAKIM, Dato' Dr. Sirajuddin Bin Suhaimee telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Bil.1/2025 yang diadakan di Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS) bersempena Program Pemukiman JAKIM.

Majlis Bersama Jabatan (MBJ) ialah sebuah medium dua hala, di mana pihak pekerja diberi saluran untuk berkomunikasi dengan pihak pengurusan dalam menyuarakan pendapat, pandangan serta menyumbang idea-idea yang bernas demi kepentingan dan kebaikan organisasi.

Semoga mesyuarat ini menemui titik penyelesaian dan menjadikan warga kerja JAKIM dapat melaksanakan tanggungjawab dengan penuh dedikasi dan komited.


 01 January 1970  123123  0 hits