16 Januari 2025- Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS) meraikan kehadiran pengurusan tertinggi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bersama pengarah-pengarah bahagian JAKIM yang telah memilih IKMAS sebagai tempat mesyuarat pengurusan yang pertama bagi sesi 2025.
IKMAS mengalu-alukan kehadiran kesemua ahli mesyuarat yang hadir dan mengucapkan ribuan terima kasih. Semoga hasil perbincangan dapat memberikan impak yang besar dan dapat direalisasikan untuk manfaat bersama.