PROGRAM “DINNER TALK” BERSAMA KETUA PENGARAH JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)

15 Januari 2025

15 Januari 2025 – Program “Dinner Talk” bersama Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Dato' Dr. Sirajuddin Bin Suhaimee berlangsung di Royal Cruise, Kuching Sarawak.

Majlis ini juga sempena meraikan pertukaran Pengarah Kewangan JAKIM Encik Nik Mohd Ridzuan bin Nik Yaacob yang berpindah ke Jabatan Perdana Menteri.

Majlis yang dihadiri oleh 90 orang jemputan ini adalah bersempena dengan Mesyuarat Pengurusan JAKIM, Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan dan Program Pemukiman JAKIM yang bakal berlangsung pada 16 hingga 17 Januari 2025 di Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS).

Antara pengurusan tertinggi JAKIM yang hadir ialah Dr. Mohamad Kori bin Jusoh, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), Kolonel Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) serta Dato’ Zamani Ahmad bin Mansor, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan).

Semoga majlis ini dapat menjadi penyuntik semangat kepada para delegasi JAKIM untuk mengadakan perbincangan yang tuntas dalam mesyuarat yang akan datang.


 01 January 1970  123123  0 hits