KUNJUNG HORMAT IKMAS KE JABATAN KEMAJUAN ISLAM (JAKIM) SARAWAK

15 Januari 2025

15 Januari 2025 – Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS) telah mengadakan kunjung hormat ke Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Sarawak. Kunjung Hormat ini diketuai oleh Pengarah Ikmas yang baharu, Puan Zaizurina binti Mansor serta Puan Ariffi Idawati binti Zainudin, Timbalan Pengarah IKMAS. Turut hadir mantan Pengarah IKMAS, Tuan Haji Hanifuddin bin Roslan. Delegasi IKMAS disambut mesra oleh Encik Hamdan bin Jar’ee, Pengarah JAKIM Cawangan Sarawak

Tujuan kunjung hormat tersebut diadakan ialah untuk memperkenalkan pengurusan tertinggi IKMAS yang baharu, bertukar pandangan dan berkongsi pengalaman serta membincangkan kerjasama yang boleh diwujudkan bagi mengukuhkan tadbir urus jabatan.

Delegasi IKMAS disambut mesra oleh Encik Hamdan bin Jar’ee, Pengarah JAKIM Cawangan Sarawak

Semoga pertemuan ini akan terus memperkasakan lagi kerjasama yang sedia terjalin demi manfaat ummah di Sarawak serta memacu inovasi kemahiran pendidikan di IKMAS.


 01 January 1970  123123  0 hits