KUNJUNG HORMAT IKMAS KE MAJLIS ISLAM SARAWAK

15 Januari 2025

15 Januari 2025 – Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS) telah mengadakan kunjung hormat ke Majlis Islam Sarawak. Kunjung Hormat ini diketuai oleh Pengarah IKMAS yang baharu, Puan Zaizurina binti Mansor serta Puan Ariffi Idawati binti Zainudin, Timbalan Pengarah IKMAS. Turut hadir mantan Pengarah IKMAS, Tuan Haji Hanifuddin bin Roslan dan Pengarah JAKIM Sarawak Ustaz Hamdan Bin Jar'ee.

Tujuan kunjung hormat tersebut diadakan ialah untuk memperkenalkan pengurusan tertinggi IKMAS yang baharu, bertukar pandangan dan berkongsi pengalaman serta membincangkan kerjasama yang boleh diwujudkan bagi mengukuhkan tadbir urus jabatan.

Delegasi IKMAS disambut mesra oleh YBhg. Datuk Haji Misnu bin Haji Taha, Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak.

Semoga pertemuan ini akan terus memperkukuhkan silaturahim dan kerjasama dua hala demi manfaat ummah khususnya di Sarawak serta memacu inovasi kemahiran pendidikan di IKMAS.


 01 January 1970  123123  0 hits