PERLAWANAN FIRST ELEVEN FOOTBALL CARNIVAL

14 Januari 2025

14 Januari 2025 – Kelab Bola Sepak IKMAS United telah menyertai perlawanan persahabatan First Eleven Football Carnival di Padang C, Stadium Negeri Sarawak.

Objektif program ini adalah untuk menerapkan gaya hidup sihat, mengeratkan hubungan silatuahim dan memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan sekaligus mempromosikan IKMAS sebagai pusat pengajian tinggi Islam di Sarawak.

Perlawanan ini melibatkan tiga pasukan iaitu IKMAS United, Swinburne Sarawak dan Cyberjaya College. IKMAS United meraih gelaran naib juara dalam perlawanan ini.

Semoga aktiviti seperti ini dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang.


 01 January 1970  123123  0 hits