11 Januari 2025 - Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS) melalui Majlis Perwakilan Pelajar telah menganjurkan Majlis Maulid Bulanan Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS) bertempat di Auditorium Al-Wadi IKMAS 2.
Semua pelajar dan beberapa orang pegawai IKMAS turut hadir bersama. Program ini diserikan dengan persembahan maulid dan qasidah oleh kumpulan Qasidah Raudhatul Muhibbin IKMAS serta tausiah yang disampaikan oleh Al-fadhil Ustaz Mohd Azizon bin Noordin, Pegawai Hal Ehwal Islam IKMAS.
Semoga menjadi asbab untuk mendapat syafaat Rasulullah SAW serta beroleh kebahagian dan keberkatan di dunia dan akhirat. Aminn