11 Januari 2025 - Cawangan Pembangunan Insan dengan kerjasama Cawangan Hal Ehwal Pelajar, Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS) telah mengadakan Program Ini Sejarah Kita bertempat di Auditorium Al-Wadi IKMAS 2.
Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada pelajar IKMAS agar dapat memahami sejarah perkembangan Islam di Borneo serta memahami konsep Islam yang mahukan pembentukan tamadun manusia yang tidak mengetepikan nilai kehidupan selepas mati selain kehidupan di dunia sebagai satu khidmat perlu di perkasakan.
Penceramah jemputan bagi program ini ialah Ar. Mohammad Afiq Shazwan bin Abdul Samat dan Ustaz Kharizul bin Packir Mohamed dari Institut Kajian Borneo.
Tuntasnya, pelbagai kepentingan yang diperoleh apabila kita mempelajari sejarah islam. Setiap di antara kita memainkan peranan penting dalam memupuk minat generasi pendakwah muda dalam mempelajari sejarah islam. Peribahasa Melayu ada menyatakan “bagai kacang lupakan kulit” perlu kita jauhi agar generasi pendakwah muda terutamanya sedar mereka akan menggalas tanggungjawab dalam memacu negara ke tahap kemajuan yang lebih baik.
Semoga program ini dapat memotivasikan dalam diri pelajar untuk menjadi daie yang cemerlang.