10 Januari 2025 - Perlawanan Persahabatan Bola Sepak di antara IKMAS United dan Telaga Air Fc telah diadakan di Padang Bola Sepak Kampung Telaga Air, Kuching. Perlawanan persahabatan bola sepak ini merupakan permulaan aktiviti sukan Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS) bagi tahun 2025.
Tujuan perlawanan ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara IKMAS dan penduduk Kampung Telaga Air dalam meningkatkan ukhwah jalinan dengan gaya hidup yang lebih sihat.
Aksi permainan yang menarik dan penuh dengan semangat kesukanan telah dipamerkan oleh kedua-dua pasukan. Perlawanan berakhir dengan keputusan 2-0 yang memihak kepada pasukan Telaga Air FC. Tahniah dan syabas diucapkan kepada kedua-dua pasukan.
Semoga aktiviti seperti ini dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang.