8 Januari 2025 - Seksyen Perpustakaan dan Pengurusan Maklumat, Cawangan Pendaftar IKMAS telah mengadakan Lawatan Penanda Aras ke Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kampus 2 Samarahan.
Objektif lawatan ini ialah memberi pendedahan terhadap struktur, proses serta perjalanan operasi dan kemudahan perpustakaan dalam menguruskan sumber maklumat bagi rujukan dan pendedahan kepada pegawai dan kakitangan IKMAS.
Di samping itu, lawatan ini juga diadakan sebagai penanda aras kearah mewujudkan perpustakaan yang lebih kondusif serta selari dengan keperluan semasa dari sudut perkhidmatan, ruang, pembangunan koleksi dan pengurusan perpustakaan yang mana boleh diaplikasikan di perpustakaan IKMAS.
Delegasi IKMAS yang diketuai oleh Encik Abdul Aziz bin Mokhtar, Ketua Seksyen Pengurusan, Cawangan Akademik IKMAS telah disambut oleh Puan Nur Afeqah Abdullah, Timbalan Ketua Pustakawan, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kampus 2 Samarahan.
Semoga lawatan ini memberi semangat kepada seluruh warga IKMAS untuk mewujudkan perpustakaan yang lebih selesa dan kondusif.