PERTANDINGAN IKMAS INDOOR GAME ARENA

29 Disember 2024

29 Disember 2024 – Bagi mencungkil bakat-bakat baharu dalam kalangan staf dan pelajar, Seksyen Latihan Daie dan Ko-kurikulum, Cawangan Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar IKMAS telah menganjurkan “Pertandingan IKMAS Indoor Game Arena” bermula pada 29 Disember 2024 di Dewan Kenyalang IKMAS.

Pertandingan ini diadakan adalah untuk mencapai matlamat utama iaitu penyatuan jiwa dan semangat kekitaan “Kitakan IKMAS” serta memanfaatkan kualiti masa bersama.

Pertandingan ini juga bertujuan melahirkan warga IKMAS yang cergas dan cerdas dalam aspek mental dan fizikal selain memupuk semangat kerja berpasukan dalam kalangan peserta serta menanam sikap perpaduan dan cinta akan warisan kesenian bangsa. Antara aktiviti yang diketengahkan adalah Pertandingan Karom, Dam Haji, Congkak, Dart dan banyak lagi.

Penganjuran acara sukan sebegini diharap dapat meneruskan kesinambungan permainan tradisional sebagai warisan kepada generasi akan datang.

Informasi terkini IKMAS di hujung jari anda. Jangan lupa like, share, follow, dan subscribe Media Sosial @myikmas. Jom budayakan ''kitakan'' IKMAS dgn like dan kongsikan berita2 IKMAS.

 

 

 

 

 


 01 January 1970  123123  2 hits