PROGRAM JELAJAH MADANI: PROMOSI IKMAS RAMADAN TAHUN 2025

26 Mac 2025

PROGRAM JELAJAH MADANI: PROMOSI IKMAS RAMADAN TAHUN 2025

26 Mac 2025, Rabu - IKMAS melalui Seksyen Komunikasi Korporat telah mengadakan program Jelajah Madani IKMAS sempena bulan Ramadan bagi mempromosikan program-program yang ditawarkan di IKMAS dengan mengedar dan menyerahkan brosur serta poster kemasukan ke IKMAS kepada Jawatankuasa masjid, kariah serta komuniti setempat di sekitar Bahagian Kuching dan Kota Samarahan.

Objektif program ini memainkan peranan penting dalam mengwar-warkan program pengajian yang ditawarkan di IKMAS kepada komuniti khususnya pelajar lepasan SPM. Selain itu, membantu para pelajar dan komuniti setempat bagi mengetahui kemudahan dan laluan kerjaya pelajar IKMAS.

Semoga program ini dapat memberikan pendedahan dan perkenalkan IKMAS kepada masyarakat setempat terutamanya pelajar lepasan SPM.


 01 January 1970  123123  1 hits