BENCHMARKING VISIT KE JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN SARAWAK

21 Mac 2025

BENCHMARKING VISIT KE JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN SARAWAK

21 Mac 2025, Jumaat - IKMAS melalui Cawangan Akademik telah mengadakan Benchmarking Visit ke Jabatan Pembangunan Kemahiran Sarawak

yang berlangsung di Bilik Mesyuarat JPK.

Delegasi IKMAS diketuai oleh YBrs. Puan Zaizurina binti Mansor, Pengarah IKMAS serta beberapa orang pegawai disambut mesra oleh Encik Wan Jiman bin Drahman, Penolong Kanan Pengarah, Unit Sumber Manusia Mahir, JPK Sarawak.

Pertemuan ini bertujuan untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan fungsi dan peranan Jabatan Pembanguann Kemahiran. Selain itu, pertemuan ini membincangkan program sijil yang boleh kerjasama antara IKMAS dan JPK pada masa akan datang.

Turut hadir Puan Ariffi Idawati bin Zainuddin, Timbalan Pengarah IKMAS serta beberapa orang pegawai IKMAS.

Semoga usaha murni ini akan membuahkan hasil yang memberangsangkan dalam membantu para pelajar IKMAS untuk lebih menguasai pelbagai bidang khususnya kemahiran.


 01 January 1970  123123  0 hits