PROGRAM JUH MEREWANG DAN AGIHAN BUBUR LAMBUK SERTA BUBUR PEDAS IKMAS TAHUN 2025
20 Mac 2025, Khamis – IKMAS melalui Cawangan Pembangunan Insan dan Pusat Islam telah berjaya menganjurkan Program Juh Merewang dan Agihan Bubur Lambuk serta Bubur Pedas IKMAS Tahun 2025pada hari ini.
Selain menghidupkan amalan sedekah dibulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan, program ini secara tidak langsung telah mewujudkan hubungan kerjasama dan silaturrahim diantara warga kerja IKMAS. Program ini juga menekankan kasih sayang dan kepedulian sosial dalam kalangan warga IKMAS.
Sebanyak 500 pek bubur lambuk dan bubur pedas telah diagihkan kepada warga kerja IKMAS, orang awam serta komuniti setempat. Turut hadir YBrs. Puan Zaizurina binti Mansor, Pengarah IKMAS.
Terima kasih kepada semua yang telah menyumbang tenaga dan masa dalam penyediaan bubur lambukdan bubur pedas ini. Semoga amalan berkongsi rezeki ini membawa keberkatan kepada kita semua di bulan yang mulia ini.