PERBINCANGAN PEMINDAHAN KREDIT PELAJAR KE UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS)

17 Mac 2025

PERBINCANGAN PEMINDAHAN KREDIT PELAJAR KE UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS)

17 Mac 2025, Isnin - IKMAS melalui Seksyen Pengurusan Akademik telah mengadakan Perbincangan Pemindahan Kredit Pelajar Ke Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama, Fakulti Pendidikan, Bahasa dan Komunikasi UNIMAS.

Delegasi IKMAS diketuai oleh YBrs. Puan Ariffi Idawati binti Zainudin, Timbalan Pengarah IKMAS serta beberapa orang pegawai disambut mesra oleh YBrs. Dr. Dilah bin Tuah, Dekan Fakulti Pendidikan, Bahasa dan Komunikasi serta pegawai UNIMAS.

Pertemuan ini bertujuan membincangkan peluang dan ruang kepada pelajar IKMAS melanjutkan pengajian ke perigkat Ijazah khususnya dalam program Sarjana Muda Pendidikan (Pengajian Islam) di UNIMAS. Selain itu, untuk mendapatkan maklumat bagi maklum balas mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Akademik (JKPA) IKMAS.

Turut hadir bersama dalam perjumpaan tersebut ialah YBrs. Dr. Remmy Gedat, Timbalan Dekan Akademik UNIMAS, Prof Madya Dr Zaimuarifudin Shukri bin Nordin, Ketua Jabatan Pendidikan Fakulti Pendidikan, Bahasa dan Kumunikasi UNIMAS, Cik Fatin Ardani, Penyelaras Program UNIMAS dan Encik Mohd. Syahazizamir bin Sahmat, Pensyarah UNIMAS.

Semoga usaha murni ini akan membuahkan hasil yang memberangsangkan dalam membantu para pelajar IKMAS untuk menentukan halatuju pengajian.


 01 January 1970  123123  3 hits