PROGRAM IHYA’ RAMADAN DAN TAHLIL PERDANA KOMUNITI MADANI DI KAMPUNG BUNGA RAMPAI, KUCHING.
16 Mac 2025, Ahad - IKMAS telah mengadakan program Ihya’ Ramadan dan Tahlil Perdana Komuniti MADANI pada 15 Mac 2025 di Kampung Bunga Rampai, Kuching.
Objektif program memberi pendedahan tentang kaedah dakwah kepada pelajar serta mengeratkan hubungan silaturahim bersama masyarakat kampung. Selain itu, sebagai satu wadah untuk berkongsi ilmu serta pengalaman dalam menghayati keberkatan, kepentingan, tuntutan dan cabaran beramal sepanjang bulan ramadan.
Penyerahan sumbangan Bakul Makanan Madani kepada 24 orang asnaf di Kampung Bunga Rampai, Kuching telah disempurnakan oleh Ustaz Abdul Jamel bin Jaafar, Ketua Seksyen Pengajian Sepanjang Hayat IKMAS.
Semoga program sepanjang bulan Ramadan ini dapat memantapkan lagi potensi pelajar dalam membentuk jati diri dalam mengembangkan dakwah dan usaha pengukuhan sahsiah pelajar IKMAS.