PROGRAM KEM IHYA’ RAMADAN TAHUN 2025 DIRASMIKAN OLEH TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

16 Mac 2025

PROGRAM KEM IHYA’ RAMADAN TAHUN 2025 DIRASMIKAN OLEH YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SRI HAJI FADILLAH BIN HAJI YUSOF, TIMBALAN PERDANA MENTER MALAYSIA DI IKMAS

16 Mac 2025, Isnin - Program Kem Ihya’ Ramadan Tahun 2025 telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Program selama tiga hari ini adalah hasil kerjasama Pertubuhan Kebajikan Sahabat Amal Negeri Sarawak bersama Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS) yang berlangsung di IKMAS.

Program ini bertujuan untuk membentuk komuniti remaja Islam yang berkarakter, berkepimpinan dan berintegirti dalam usaha membentuk citra kekeluargaan Islam. Selain itu, memberi motivasi kepada remaja Islam untuk terus kental rohani dan fizikal dalam mendepani mehnah dan tribulasi kehidupan semasa serta menjadi medium untuk memperbaiki adab dan akhlak remaja melalui motivasi Islamik.

Program ini melibatkan pelajar sekolah seramai 50 orang yang terdiri daripada tiga (3) buah sekolah iaitu SMK Matang Jaya, SMK Matang Hilir dan SMK Semerah Padi.

Turut hadir YBrs. Puan Zaizurina binti Mansor, Pengarah IKMAS, Tuan Wan Lukmanhakim bin Wan Sajali, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Sahabat Amal Negeri Sarawak dan Puan Ariffi Idawati binti Zainudin, Timbalan Pengarah IKMAS.

Semoga program ini dapat mendidik remaja mengenai kepentingan menambah ilmu keagamaan, memperbaiki sahsiah diri selain mendidik jiwa terutama di bulan Ramadan penuh keberkatan ini.


 01 January 1970  123123  1 hits