KUNJUNGAN HORMAT INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN (ILP) SERIAN
13 Mac 2025, Khamis – IKMAS menerima kunjungan hormat delegasi Institut Latihan Perindustrian (ILP) Serian yang diketuai oleh YBrs. Encik Mohamad Sayono bin Sunarti, Pegawai Latihan Vokasional, Bahagian Teknologi Penyejukbekuan & Penyamanan Udara (PPU).
Pertemuan yang berlangsung di Kamar Tun IKMAS ini bertujuan untuk mengukuhkan hubungan kerjasama strategik serta membincangkan cadangan kolaborasi pendidikan dalam beberapa kemahiran untuk pelajar IKMAS yang ditawarkan di ILP, Serian.
Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah YBrs. Puan Zaizurina binti Mansor, Pengarah IKMAS, Puan Ariffi Idawati binti Zainudin, Timbalan Pengarah IKMAS, serta barisan pengurusan IKMAS dan ILP, Serian.
Semoga kerjasama ini akan membawa kebaikan kepada semua pihak khususnya pelajar IKMAS di masa akan datang.