BENGKEL PENGEMASKINIAN AKHIR MANUAL KUALITI DAN PROSEDUR KUALITI IKMAS

11 Mac 2025

BENGKEL PENGEMASKINIAN AKHIR MANUAL KUALITI DAN PROSEDUR KUALITI IKMAS

11 Mac 2025, Selasa – IKMAS telah mengadakan Bengkel Pengemaskinian Akhir Manual Kualiti dan Prosedur Kualiti IKMAS bertempat di Bilik Mesyuarat Utama IKMAS. Bengkel ini melibatkan semua ketua-ketua seksyen dari setiap cawangan.

Objektif bengkel ini adalah memastikan dokumen kualiti jabatan tersedia bagi tujuan audit pensijilan ISO SIRIM serta memurnikan dokumen prosedur kualiti setiap cawangan.

Turut hadir YBrs. Puan Zaizurina binti Mansor, Pengarah IKMAS dan Puan Ariffi Idawati binti Zainudin, Timbalan Pengarah IKMAS.

Semoga dipermudahkan segala urusan untuk mendapatkan persijilan ISO SIRIM IKMAS.


 01 January 1970  123123  0 hits