IKMAS MENERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARI LEMBAGA TABUNG HAJI NEGERI SARAWAK

03 Mac 2025

IKMAS MENERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARI LEMBAGA TABUNG HAJI NEGERI SARAWAK

3 Mac 2025, Isnin – IKMAS telah menerima kunjungan hormat dari Lembaga Tabung Haji Sarawak bertempat di Kamar Tun IKMAS. Kunjungan hormat Lembaga Tabung Haji diketuai oleh YBrs. Tuan Haji Amat Kassim bin Apit, Pengarah Lembaga Tabung Haji Negeri Sarawak serta Tuan Haji Zakaria Saadi, Pegawai Pemasaran Tabung Haji Negeri Sarawak. Turut hadir YBrs. Puan Zaizurina binti Mansor, Pengarah IKMAS dan Puan Ariffi Idawati binti Zainudin, Timbalan Pengarah IKMAS.

Tujuan utama kunjungan adalah untuk melaksanakan program membuat pembayaran zakat kepada asnaf yang layak melalui program CSR Zakat khususnya kepada pelajar IKMAS serta mengeratkan hubungan silaturahim di antara kedua-dua pihak.

Selain itu juga, pihak Tabung Haji memberikan penerangan tentang produk-produk terbaru iaitu TH Khairat yang merupakan pelan sukarela yang menawarkan perlindungan Takaful terhadap kematian atau hilang upaya kekal dan menyeluruh yang diuruskan oleh Takaful Malaysia dan Hong Leong MSIG Takaful Berhad.

Dengan adanya kunjungan ini, pihak IKMAS berharap lebih ramai warga IKMAS dapat memahami dan memanfaatkan produk Tabung Haji untuk menjamin persediaan kewangan yang lebih baik untuk masa akan datang.

Pihak IKMAS ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak pengurusan Tabung Haji Negeri Sarawak di atas kunjungan hormat serta sokongan yang diberikan. Semoga pertemuan ini menjalin kerjasama yang lebih erat untuk ummah.

 


 01 January 1970  123123  0 hits